Search This Blog

Friday, 13 January 2017

Bahasa Rojak dalam Kalangan Masyarakat

Penggunaan Bahasa Rojak dalam
Kalangan Masyarakat Kita

Nama pensyarah : Puan Rina Fakhizan mohd sukri
ustaz udin

Nama pelajar : 
Muhammad mahfuz bin mohd sabri
(02DGU14F2001)
Ahmad nursalam bin zainal abidin
(02DGU14F2008)
Fatah Fahti bin abdul raiz
(02DGU14F2032)
Nik nazreen afifi bin ab. malek
(02DGU14F2030)
Afif farhan bin nazeri
(02DGU14F2031)
Azrai bin awang kasani
(02DGU14F2027)

PENGENALAN
Usaha memartabatkan bahasa melayu.
               Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
             Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.
             Mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama – sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.

             Pemerkasaan Bahasa Malaysia di sekolah. Sikap pelajar yang sering menganggap bahasa melayu itu mudah kerana bahasa melayu itu bahasa pertuturan mereka seharian perlu dikikis sama sekali. Semua pelajar dan guru harus meletakkan bahasa melayu di tempat yang sewajarnya dalam segala hal di sekolah. Lantaran itu, mereka harus membiasakan diri menggunakan bahasa melayu yang betul, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka bahawa bahasa melayu yang betul sahaj harus digunakan. Cara ini dapat menanamkan semangat cinta kepada bahasa melayu.

maksud bahasa rojak

Bahasa Rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Contoh Bahasa Rojak




Isu-isu Bahasa Rojak

Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Antara isu-isu penggunaan bahasa rojak :
  • TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh disebabkan oleh kebimbangan orang ramai.
  • Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan menggunakan nama-nama barat seperti Precinct,Boulevard dan Parcel.
  • Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo menggunakan perkataan atau frasa yang ditulis dalam bahasa rojak.
  • Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya ialah “dorang”, "kitorang", “glamour”, “line-up”, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.
  • Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
·         Kau memang terror (hebat) la!
·         Tempat makan ni best (bagus) sangat!
  • Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)

·         Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
·         Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bereskan) punya maa!
·         Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?


Punca bahasa rojak


*    Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran.

*    Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.


Keburukan bahasa rojak

Impak-impak peggunaan bahasa rojak yang lain ialah:
  • Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.
  •  Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
  •  Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
  •  Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
  •  Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita


KEBAIKKAN BAHASA ROJAK

  1. Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu secara betul.
  2. Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi.
  3. Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.
  4. Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya.
  5. Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.
  6. Bahasa rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.


KAEDAH MENGATASI BAHASA ROJAK




1)Pendidikan
semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan. 

2)Penguatkuasaan pihak berwajibpihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.

3)Dewan bahasa dan pustaka.Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. 

4)Bidang penyiaran
Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP  juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.

KESIMPULAN


Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".



    LAMPIRAN





RUJUKAN


* http://kumpulan5bahasarojak.blogspot.my/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak
* http://google.com

No comments:

Post a Comment